Donate/Letter/ms

From the Wikimedia Foundation
< Donate
Revision as of 13:56, 26 December 2008 by Cbrown1023 (talk | contribs) (Thanks to translators from Meta: m:Fundraising 2008/appeal/ms)

(diff) ← Older revision | Latest revision (diff) | Newer revision → (diff)
Jump to: navigation, search


Seruan daripada Jimmy Wales, Pengasas Wikipedia

Jimmy Wales

Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Bantu dan sokong usaha Wikipedia dengan menderma. Perkara ini mungkin was-was dalam fikiran anda: Mengapakah Wikipedia, salah satu daripada lima laman web yang paling terkenal memerlukan sumbagan dana daripada penggunanya?

Wikipedia sememangnya berlainan daripada laman-laman web yang terdapat dalam senarai 50 laman web yang sering dikunjungi. Kami cuma mempunyai dua puluh tiga orang pekerja yang dibayar gaji. Wikipedia merupakan sebuah ensiklopedia bebas yang boleh digunakan oleh sesiapa jua untuk apa-apa tujuan. Belanjawan tahunan kami menelan kurang daripada enam juta dollar Amerika. Wikipedia dibangunkan oleh Yayasan Wikimedia, sebuah organisasi bebas yang saya tubuhkan pada 2003.

Secara umumnya, Wikipedia dikendalikan oleh sebuah komuniti antarabangsa yang dianggotai lebih daripada 150,000 orang sukarelawan yang mempunyai komitmen untuk berkongsi ilmu secara meluas. Selama lapan tahun, para sukarelawan telah menyumbang lebih darilada 11 juta artikel dalam 265 bahasa. Lebih daripada 275 juta orang telah mengunjungi laman web kami setiap bulan untuk memperoleh maklumat dan informasi secara percuma tanpa iklan.

Akan tetapi, Wikipedia bukan sekadar sebuah laman web bisa. Kami mendukung impian yang sama: Bayangkan sebuah dunia tanpa sempadan ilmu pengetahuan dan setiap individu dapat memperolehnya tanpa sebarang halangan. Itulah komitmen kami.

Dermaan anda akan membantu kami. Sumbangan anda mampu membiayai kos pengendalian teknikal yang semakin meningkan setiap tahun berikutan dengan peningkatan pengunjung. Sumbangan anda akan membantu kami meningkatkan mutu perisian Wikipedia -- memudahkan carian, bacaan dan penyuntingan. Kami bertekad untuk mengembangkan misi kami untuk berkongsi pengetahuan tanpa sempadan melalui pengambilan sukarelawan dan membina kerjasama strategik institusi kebudayaan serta pembelajaran.

Wikipedia sememangnya berlainan. Wikipedia merupakan ensiklopedia terbesar dalam sejarah yang merupakan hasil kerja para sukarelawan. Kami percaya bahawa Wikipedia haruslah bebas daripada sebarang bentuk pengiklanan. Untuk mengekalkan prinsip ini, kami memerlukan sumbangan dan derma ribuan pembaca seperti anda.

Saya menyeru anda untuk menyertai kami: Sumbangan anda akan membantu supaya Wikipedia tetap bebas dan berkecuali bagi seluruh dunia.

Sekian.Terima kasih,

Jimmy Wales

MENDERMA »

Ketahui dengan lebih lanjut