25 tahun puncak nilai kemanusiaan
Sertai kami meraikan ulang tahun kelahiran Wikipedia.
Kenali insan yang menjayakannya
Wikipedia diasaskan pada 15 Januari 2001. Kini, selepas 25 tahun, ia telah menjadi tulang belakang ilmu di Internet yang menjadi rujukan bagi segalanya daripada kehidupan seharian dan chatbot AI, hinggalah bidang kewartawanan dan kemenangan kuiz trivia. Hampir 250,000 sukarelawan menulis, menyunting dan menyemak fakta bagi 65 juta rencananya dalam lebih 300 bahasa, semuanya berpandukan piawaian sifat berkecuali dan kebolehpercayaan.
Pada tahun 2026, kami akan meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 Wikipedia. Bagi meraikan pencapaian ini, kami menemu bual beberapa penyunting sukarela dari seluruh dunia mengenai faktor yang mendorong mereka untuk menyumbang kepada laman Wikipedia.
Tonton siri ini.
Ketahui permulaan segalanya
Terokai kapsul masa 25 Tahun Wikipedia dan lihat evolusi laman ini dari awal. Pengembaraan imersif ini memaparkan sejarah kewujudan Wikipedia serta sebab ia kekal sebagai bukti kejayaan kerjasama dan sepersetujuan.

Wikipedia masa depan manakah anda?
Apakah impian anda apabila membayangkan masa depan? Bagaimana pula gambaran anda mengenai hala tuju Wikipedia? Daripada pengangkutan kuantum hinggalah atlet robot, ketahui corak masa depan Wikipedia anda dan kongsikan keputusannya dengan rakan-rakan di media sosial.

Bawa kemeriahan ini ke rumah
Kami meraikan hari lahir Wikipedia dengan koleksi barangan edisi terhad yang meriah, sesuai untuk aktiviti membakar kek, memecahkan piñata dan menyunting pengetahuan di Internet.
Lihat siapa yang menyahut undangan
Ketahui lebih lanjut mengenai jenama yang bekerjasama dengan Wikipedia untuk meraikan pencapaian penting ini. Setiap kerjasama ini hanya tersedia untuk tempoh yang singkat.

Koleksi kapsul pakaian jalanan bersama Ageless Galaxy
Ilmu pengetahuan bebas dibawa ke jalanan menerusi koleksi kapsul mini edisi terhad daripada label berpangkalan di Jakarta, Ageless Galaxy yang menampilkan kardigan, baju-T, topi larian dan set pelekat. Dengan menggabungkan elemen kepingan teka-teki Wikipedia dan motif bunga-bungaan yang diilhamkan oleh batik, koleksi ini meraikan hari lahir ke-25 Wikipedia, budaya tempatan, komuniti serta ilmu yang dibawa orang ramai dalam kehidupan seharian, sekali gus menyuntik kreativiti dan reka bentuk Jakarta ke dalam naratif global Wikipedia.

Glob Teka-teki 3D daripada Ravensburger
Sempena meraikan hari lahir ke-25 Wikipedia, Ravensburger mengubah suai glob teka-teki menjadi bola teka-teki 3D sebagai hadiah untuk warga Wikimedia di acara Wikimania 2026 di Paris. Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti sukarelawan yang memastikan Wikipedia kekal bebas dan boleh diakses secara terbuka di seluruh dunia, kepingan bola teka-teki yang saling bertaut itu melambangkan penyatuan para penyumbang merentas pelbagai bahasa, perspektif dan bidang ilmu, manakala proses penyusunannya meraikan usaha bersama tersebut dengan cara yang menyeronokkan. Tidak dijual.

Patung plushie ulang tahun bersama Makeship
Baby Globe—siapakah dia? Kenali maskot ulang tahun yang penuh rasa ingin tahu dan ceria. Anda mungkin akan melihat kemunculannya di Wikipedia tidak lama lagi, tapi sementara itu, anda boleh membuat pra-pesanan dalam bentuk patung plushie yang comel dari 15 Januari hingga 12 Februari. Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama dengan Makeship, sebuah platform yang menghasilkan koleksi edisi terhad dan barangan eksklusif. Nantikan kembali pada 12 Mac untuk dapat membawa pulang watak ceria ini.

Gambaran lebih besar bersama Cloudberries
Keping demi keping, sebuah gambar terhasil daripada set susun suai gambar (jigsaw) 1,000 keping edisi terhad ini yang menghimpunkan tafsiran bergambar bagi imej-imej Wikipedia hasil sumbangan orang ramai termasuk pembaca, penyunting, peminat reka bentuk dan penggemar teka-teki. Ia dihasilkan dengan kerjasama pembuat teka-teki seni dari UK iaitu Cloudberries yang mengubah sumbangan untuk 25 tahun ilmu pengetahuan visual Wikipedia yang bebas dan terbuka menjadi satu karya kolaborasi untuk dipasang, dikongsi dan dinikmati.
Ketahui lebih lanjut
Baca segalanya mengenai ulang tahun ke-25, Wikipedia serta cara Wikimedia Foundation memudah cara capaian kepada pengetahuan yang bebas dan terbuka untuk semua.

Wikipedia raikan 25 tahun kegemilangan ilmu pengetahuan
Selamat hari jadi, Wikipedia. Sumber maklumat dalam talian terbesar di dunia itu kini telah memudahkan akses kepada ilmu yang terpercaya dan ditulis oleh manusia selama 25 tahun. Untuk meraikannya, Yayasan Wikimedia menjemput anda untuk ikut menelusuri perjalanan Wikipedia sepanjang 25 tahun lalu, menghargai sukarelawan yang menjayakannya, dan membantu membentuk perjalanannya yang akan datang.

Memastikan kebolehpercayaan maklumat dalam era digital: Pengajaran daripada Wikipedia
Tahukah anda bahawa Wikipedia, salah satu daripada sepuluh laman web yang paling kerap dikunjungi di dunia sebenarnya dikendalikan oleh pertubuhan bukan untung?

Dalam era AI, Wikipedia menjadi semakin berharga
Tanpa akses kepada maklumat di Wikipedia, model AI akan menjadi jauh kurang tepat, kurang pelbagai dan sukar disahkan.

Sayangkan Wikipedia? Kenali pertubuhan bukan untung di sebaliknya
Peranan Yayasan termasuklah melabur dalam teknologi, memastikan keselamatan data, memerangi ancaman terhadap maklumat serta menyokong komuniti sukarelawan yang aktif di seluruh dunia.
Bantu menyokong ilmu pengetahuan manusia
Wikipedia bebas daripada iklan dan langganan. Ia dijayakan oleh ribuan sukarelawan yang berkongsi ilmu secara percuma, ini bermakna sokongan anda amat penting bagi memastikan setiap rencana dapat diakses semudah mungkin oleh semua.
Sebahagian besar dana kami diperoleh daripada sumbangan individu yang lazimnya berjumlah antara $2.75 USD hingga $25 USD.
Terima kasih kerana memelihara ilmu pengetahuan manusia dan kerjasama dalam talian. Ayuh terus melangkah ke 25 tahun akan datang dan seterusnya.


Tahniah kerana berjaya sampai ke penghujung halaman!
Apa yang boleh Anda dapatkan? Anda dapat berkenalan dengan Baby Globe, maskot hari jadi paling ingin tahu dan suka bermain di planet Bumi. Dia sangat teruja untuk meneroka Wikipedia bersama anda.
Kredit foto
WP25 Baby Globe - Celebration Balloons
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation



