Kenali Baby Globe, maskot ulang tahun kelahiran ke-25 Wikipedia

Kenali glob yang paling penuh rasa ingin tahu di planet Bumi
Baby Globe akhirnya tiba untuk meraikan 25 tahun kegemilangan ilmu pengetahuan. Tekan butang main untuk beberapa petunjuk tentang lokasi watak ceria ini akan muncul.
Sambut Baby Globe di Wikipedia anda
Ikuti paparan langkah demi langkah di bawah untuk mengaktifkan Baby Globe pada telefon atau komputer anda. Buat masa ini, Baby Globe hanya boleh dilihat di Wikipedia berikut.





Jemput Baby Globe ke dunia sebenar
Daripada dunia digital ke dunia nyata, Baby Globe kini hadir sebagai patung mainan lembut (plushies). Simpan teman gebu ini dekat dengan anda ketika anda menyelami topik baharu, membuat suntingan atau menang dalam kuiz trivia.




Ingin tahu segala-galanya tentang Baby Globe?
Kami menerima banyak soalan tentang maskot baharu ini dan mod Hari Lahir. Berikut beberapa jawapannya.
Ia ialah ciri terhad masa di beberapa Wikipedia yang menjadikan sambutan 25 tahun kegemilangan pengetahuan lebih menyeronokkan. Aktifkan togol dan maskot hari jadi akan mula muncul di Wikipedia anda.
Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk Wikipedia bahasa-bahasa berikut: Azərbaycanca, Betawi, Brezhoneg, 中文, Čeština, English, Español, Euskara, Français, Ελληνικά, Bahasa Hulontalo, Bahasa Indonesia, Italiano, ಕನ್ನಡ, Lëtzebuergesch, Madhurâ, Magyar, Bahasa Melayu, Nederlands, Português, Sicilianu, Simple English, ภาษาไทย, Tiếng Việt and Wayuunaiki. Sila daftar untuk dapatkan makluman apabila ia tersedia di Wikipedia lain.
Anda cuma perlu geser butang mod Hari Lahir di bahagian bawah laman ke posisi “tutup” (off) dan maskot itu akan hilang.
Sudah tentu, kami boleh uruskan. Komuniti bahasa lain masih sempat untuk membuat keputusan jika mahu menambah ciri sambutan ini ke Wikipedia mereka. Tinggalkan pesan di laman perbincangan projek dan kami akan hubungi anda.
Sudah tentu boleh! Gunakan pautan ini untuk menempah plushies tersebut.
Baby Globe sangat menyukai warna biru hiperlink iaitu warna biru yang menghubungkan rencana-rencana di seluruh Wikipedia.
Fakta bonus: ia langsung tidak gemar warna merah pautan yang belum wujud.
Latar belakang Baby Globe
Semuanya bermula dengan Jonathan (juga dikenali sebagai BaduFerreira) apabila beliau secara santai melakar sesuatu yang akhirnya menjadi Baby Globe ketika dalam perjalanan pulang menaiki kereta api. Dengarkan kisah bagaimana ilham maskot ini tercetus, pengalaman sebagai seorang Wikimediawan dan banyak lagi.

Raikan Hari Lahir ke-25 Wikipedia
Wikipedia secara rasminya genap 25 tahun pada 15 Januari 2026. Dengan lebih 65 juta rencana dalam lebih 300 bahasa, Wikipedia menjadi sumber maklumat untuk segalanya dari kehidupan seharian dan chatbot AI, hinggalah kewartawanan dan kuiz trivia.

Mahukan Baby Globe di Wikipedia anda?
Jika bahasa anda belum tersenarai, masukkan alamat e-mel anda untuk menjemput maskot hari lahir ini ke Wikipedia anda. Anda akan menjadi yang terawal mengetahui jika ia tiba.
Untuk butiran lanjut, lihat pernyataan Privasi kami.
Kredit foto
Dancing Baby Globe with Wikilove hearts
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation
Baby Globe - Reading
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation
Baby Globe - Celebration confetti
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation
Baby Globe - Laptop
Original by BaduFerreira, adaptation by Sharon Park, Axel Kinnear and Bex McNally for the Wikimedia Foundation